status update: after this..segmen baru gua ..gua akan masukkan entry2 pilihan gua secara rawak.. so kowang update entry best2 k.. nanti gua share kan dan promote blog kowang
1. Walaupun ini berkaitan penafsiran wanita. Mungkin kerana kandungan dari penulisan isi hati (peribadi) aku ini agak sedikit offensive.
2. Cuba korang buka beberapa blog perempuan terkenal masa kini. Selain dari Hanis Zalikha, Ladyesah mahupun GadisJahat. Ok, yang aku maksudkan seperti blog Hana Tajima (blog ke?), Irene Nadia Marcelo, Fatin Liyana, atau mungkin beberapa blog yang seakan aku maksudkan. (Aku petik nama, supaya korang boleh faham apa yang aku maksudkan)
3. Adakah bila korang melihat isi rupa blog tersebut, fikiran korang akan sama seperti aku? Adakah korang akan berkata "Eee comelnye", "Eee, cantiklah u pakai tudung macam ni". Atau fikiran korang akan sama seperti aku "Mak aih, melaram besar-besar muka ha. Dah lah berat blog ni, nak bukak pun lambat, banyak sangat gambar saiz 500kb!"
4. Ok, cukup di blog. Sekarang lihat di alam realiti. Alam luar. Perhatikan gadis-gadis yang berhijab seperti aku maksudkan. Ramai? Ye, memang ramai. Even teman wanita aku tak terlepas dengan trend sebegini.
5. Aku sebagai lelaki bertoleransi, aku tak halang dengan hak seorang perempuan berfesyen. Namun, sebagai lelaki berperasaan, kadangkala mata aku sakit dan hati aku luka dengan fesyen melampau-lampau dari golongan gadis sebegini. Terutamanya dari segi WARNA dan sisi definasi AURAT.
6. Aku belum buta warna. Namun, bila melihat gambar yang di pamerkan wanita sebegini dalam blog. Sakit juga mata aku melihat, mungkin kadar saturation yang tinggi meningkatkan effect warna pada gambar. Tapi, bila lihat di alam realiti. Pun sama mata aku sakit, sakit sebab berbonjol-bonjol dan mengetat-ngetat.
7. Ye aku faham, perempuan sukakan kecantikkan dan lebih-lebih lagi jika masih single (belum berkahwin). Rasa untuk expose itu menebal. Jadi, tak heran jika blog gadis sebegini akan memaparkan wajah sendiri sebesar-besar mungkin di header blog dan pada setiap entri. Usah di tanya gaya bergambar. Pasti korang lebih faham bukan?
8. Wajah kita adalah aset penting. Sesiapa pun baik lelaki mahupun perempuan, mahu menjaga wajah. Jadi, aku nak tanya, jika wajah itu penting, kenapa perlu murah hati memaparkan wajah pada umum?. Kenapa perlu murah hati menunjuk pada semua kelebihan wajah sendiri? Bukankah sepatutnya kita patut menjaga wajah kita dengan bersikap rendah diri dan tidak mencapap? Ha, aku dah keluar ayat yang paling tepat. KENAPA MESTI MENCAPAP?
9. Ada orang cakap blog sebegitu untuk tutorial cara-cara memakai hijab. Ye, aku tahu. Tapi, biarlah lebih jelas. Ini bukan sekadar memakai hijab. Tapi, tutorial tentang bagaimana cara MENGEKSPLOITASI kan pemakaian hijab supaya seorang wanita itu nampak cantik tanpa mendedahkan AURAT UTAMA iaitu rambut semata-mata (Ini pandangan peribadi aku). Tapi, bagaimana dengan aurat lain? Skinny jeans itu sesuaikah? Baju saiz XXS untuk badan bersaiz S. Sesuaikah?
10. Apa yang aku faham dan nampak. Gadis yang free-hair sebelum ini telah terikut dengan trend ini dan mula memakai tudung. Ya, memakai tudung dengan gaya melaram. Dan ini telah mencorak pengaruh pemikiran gadis yang azali memakai tudung. Dan, salah satu faktor penting mengenai perempuan. Dalam hal berfesyen, mereka suka bersaing. Jadi, tak heran jika tertubuhnya kumpulan gadis-gadis yang memakai shawls bergambar secara berkumpulan dengan aksi muka yang se-cute boleh, make-up, dan fesyen terbaru yang merobek jiwa para gadis lain untuk meniru atau menyama level dengan idola fesyen gadis sebegini. Ini semua membuatkan aku terfikir dengan trend terdahulu. Ya, komuniti melaram budak-budak sekolah seperti The SAHAJA dan The JANDAS. Bezanya, mereka tak menutup aurat.
11. Aku ada ramai kawan sebegini. Aku tak marah. Cuma berkali saja kalau di petik pasal topik sebegini. Yang aku berulang-kali cakap, "Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada". "Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG"
add budak ni! cara penulisan dan bahasa lebih kurang blog poyoness