10/31/11

siapa kaki shopping..?how much kowang spent?


 
siapa kaki shopping sini...angkat kaki..?hehe..gua pun kaki shopping..dulu gua ada keje before masuk study..
300 per month..pandai la jimat nak gi cinema ke,shopping ke, karaoke ke,..

if shopping pun..kat jusco je beb..tue pun tunggu de sale baru gi..klw j-card day wajib gi..serang kedai padini..suke baju/seluar kat situ..hehe..kalaw sengkek.."pau" mak/abah gua duit la..nanti gua senang..jaguar gua belikan kat abah ek..tunggu2..!


betul ke? perempuan nye maintain tinggi?? lihat saja beg perhiasan dowang..bende2 kat muke je  nak cecah beratus2..tak lawa kang..pakwe pun lari..org pun x nak usha.yer dok..  sape x nk nmpk cantik..ade ke x nmpk hodoh,,i dont think so..gua amik ayat dari member baik gua..just pendapat dia jew.


"ko sebelum couple ..ko tgk baju/seluar/make up dia! then ko total semua..kalaw agak2 mahal.."
= if mahal..maintainance tinggi beb..sakit tu nak wat awek..hehe..payah ko nak tanggung.
= if tak mahal sgt.maintainance ok..duit ko pun x banyak nak kua spent with her..hehe.

gua pun tak suke awek branded sgt..rase down bila hang out..aku pun kadang2 shopping  bundle je..
janji nampak kemas..gua bukan anak tan sri nak shopping branded..kalaw kaye pun jadi low profile sudah..baru la ramai nak berkawan kan2..then,  kalaw boleh nak awek yg biasa2 je..
dapat cam iras2 hana tajima pun ok.. haha..



p/s: kowang jenis cam mana?









10/30/11

awek negeri mana paling lawa??


 
gua rasa kedah kot..tengok org kedah lawa-lawa.. dowang kulit banyak kulit langsat.. kowang lak?.
tapi gua pelik org2 tua pesan kalau nak wat bini jangan amik negeri kelantan dan nogori?ex gf gua dulu banyak belah2 kedah..hahaha.."kenangan2".


why bebeh? orang kata la..bukan aku kata beb..if kawen dgn 2 belah negeri ini..
mungkin harta kita akan dowang "konker" ..lagi 1 "queen control?..ye ek?..lagi 1 adat pepatih yg banyak berlainan..lebih kepada belah perempuan..so laki kene bawak duit hantaran byk2...betul ke? ye ke?
orang kelantan mmg la lawa..coz dekat ngn siam..lg2.. masa dowang kecik2..suke mkn pulut beras..
nak kulit cerah..dgr2 kata lagi belah area "pasir mas" kelantan...org kata.."gudang awek2 lawa nak wat stok bini"
 
le caye ker?...may b andaian dan pengalaman2 lepas..gua cube kupas..haha..may b bagi gua.. tak semua macam tue kot..jodoh kite pun xtaw dari mane?may be dari singapore?brunei? indon ker? silap2 nepal ke..pergh..(mintak dijauhkan).. 


p/s: cepat2! awek nogori mano plg c0mel? suggest kat gua..

10/28/11

yuyu zulaika.! thank you beb!




yuyu zulaika..!.

gua rase gadis ini will  the next famous female blogger after hanis zalika... 
tengok je la.follower nye mantap..pic-pic yg comel2..kalau laki tengok gadis ni..confirm cair.
selalu org follower ramai kan..jarang singgah kan? komen kan? lagi2 nak follow blog kite yg 
"kehingusan" lagi.! tapi tanggapan gua salah. gadis ini sudi follow blog "poyoness" gua 
yg follower x capai 1 k pun?..
besides,by the way thank you a lot..still wait abg ben,cik epal,miera liyana follow blog gua..
harapan kena optimis kan..biar lah org kata angan2 mat jenin..

*special pantunness for yuyu*

tiz zaqiyah pilihan hati,
ternanti-nanti setiap hari,
sememangnya blog yuyu hebat sekali,
tambah pula muke berseri-seri.

other pic yuyu.

 



p/s: peace yo! tunggu maharajalawak mega kul 10 pm ni.. update jap la..hahaa..


nak tips pasal laki tak?



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang di hormati Tuan Yang di Pertua, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Berdirinya saya di sini untuk mengetengahkan idea yang mungkin sedikit bernas dan secubit humor untuk kita sama-sama fikirkan. ! (mukadimah yg bernas sekali beb) 

gua bagi 4 point version seikhlas n sepoyoness k..lets read.

1. Tak sukar nak memahami lelaki. Seperti yang mak dan ibu kita buat pada kita, seperti itulah yang mereka mahu. Dengan ibu, takkanlah nak romantik sangat.. giler ke apa. Cukup dikatakan hubungan antara ibu di namakan sebagai 'caring so much'. Dan itu seperti yang selalu lelaki harapkan dari girlfriend nya. Tak hairan kalau gua cakap lelaki yang paling suka baring atas peha perempuan ye dak? Gatal? Mungkin.

2. Respect them as a leader. Perempuan di luar sana,gua tahu korunk berwawasan. Ada certain things yang korunk lebih dari lelaki. Tapi, please lah. Silalah menghormati kaum gua  sebagai leader in relationship. Bila dalam keadaan unstable problem. Selalunya lelaki yang akan kedepan menyelesaikan masalah. Pertikaman lidah akan timbul bila peperempuan rasa tidak bersetuju kerana merasa cara itu merugikan. Berilah peluang kepada lelaki menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tapi, kalau problem makanan dan hal remeh temeh, tak payah la nak bertikam lidah kot.

3. Habit. Oh, ini paling menonjol. Melalui observation gua, memang ramai girlfriend tak suka boyfriend diorang hisap rokok. Kadang-kadang siap bagi ugutan clash. (bagi la kaum adam masa beb.hisap rokok cam dadah..ketagih..step by step la.)

4. Sex. Baiklah, ini kupasan terbaru. Jujur gua katakan 97% lelaki pernah menonton porno. Tak kira kalau girlfriend tutup selubung macam mana pun, mesti lelaki ada perasaan nafsu jahat punya. Macam mana lelaki nak handle, itu bergantung pada iman dia. As a smart girl, korunk sebagai perempuan perlu mengambil perhatian dalam hal ini. Korunk sebagai perempuan merupakan trigger untuk penetration terjadi atau tak. Kalau korunk mahu, you can go on. Tapi, kalau tak nak, mahu jaga maruah dan virginity. Sila avoid tawaran dan ajakan manis boyfriend korunk yang kurang iman itu. Avoid dengan mensibukkan diri ke, menasihati baik-baik ke, sindiran tajam ke. Series, lelaki yang baik, akan jatuh hati dengan perempuan yang boleh avoid sexual fisrt-calling dari lelaki. Adakalanya lelaki ni, mudah terlupa dan terleka. Mungkin kerana pengaruh porn. Mungkin sebab lain. So, hal sexual ni sememangnya terletak pada tangan perempuan untuk 'jadi atau tak'.


p/s: alamak ai..entry gua cam 18sx jew..omg! omg!. tomorrow...hoben jang hoben!











10/27/11

entri pilihan poyoness : Menjengkelkan " Gadis Tudung, Shawls Melaram "




status update:  after this..segmen baru gua ..gua akan masukkan entry2 pilihan gua secara rawak.. so kowang update entry best2 k.. nanti gua share kan dan promote blog kowang


1. Walaupun ini berkaitan penafsiran wanita. Mungkin kerana kandungan dari penulisan isi hati (peribadi) aku ini agak sedikit offensive.

2. Cuba korang buka beberapa blog perempuan terkenal masa kini. Selain dari Hanis Zalikha, Ladyesah mahupun GadisJahat. Ok, yang aku maksudkan seperti blog Hana Tajima (blog ke?), Irene Nadia Marcelo, Fatin Liyana,  atau mungkin beberapa blog yang seakan aku maksudkan. (Aku petik nama, supaya korang boleh faham apa yang aku maksudkan)

3. Adakah bila korang melihat isi rupa blog tersebut, fikiran korang akan sama seperti aku? Adakah korang akan berkata "Eee comelnye", "Eee, cantiklah u pakai tudung macam ni". Atau fikiran korang akan sama seperti aku "Mak aih, melaram besar-besar muka ha. Dah lah berat blog ni, nak bukak pun lambat, banyak sangat gambar saiz 500kb!"

4. Ok, cukup di blog. Sekarang lihat di alam realiti. Alam luar. Perhatikan gadis-gadis yang berhijab seperti aku maksudkan. Ramai? Ye, memang ramai. Even teman wanita aku tak terlepas dengan trend sebegini.

5. Aku sebagai lelaki bertoleransi, aku tak halang dengan hak seorang perempuan berfesyen. Namun, sebagai lelaki berperasaan, kadangkala mata aku sakit dan hati aku luka dengan fesyen melampau-lampau dari golongan gadis sebegini. Terutamanya dari segi WARNA dan sisi definasi AURAT.

6. Aku belum buta warna. Namun, bila melihat gambar yang di pamerkan wanita sebegini dalam blog. Sakit juga mata aku melihat, mungkin kadar saturation yang tinggi meningkatkan effect warna pada gambar. Tapi, bila lihat di alam realiti. Pun sama mata aku sakit, sakit sebab berbonjol-bonjol dan mengetat-ngetat.

7. Ye aku faham, perempuan sukakan kecantikkan dan lebih-lebih lagi jika masih single (belum berkahwin). Rasa untuk expose itu menebal. Jadi, tak heran jika blog gadis sebegini akan memaparkan wajah sendiri sebesar-besar mungkin di header blog dan pada setiap entri. Usah di tanya gaya bergambar. Pasti korang lebih faham bukan?

8. Wajah kita adalah aset penting. Sesiapa pun baik lelaki mahupun perempuan, mahu menjaga wajah. Jadi, aku nak tanya, jika wajah itu penting, kenapa perlu murah hati memaparkan wajah pada umum?. Kenapa perlu murah hati menunjuk pada semua kelebihan wajah sendiri? Bukankah sepatutnya kita patut menjaga wajah kita dengan bersikap rendah diri dan tidak mencapap? Ha, aku dah keluar ayat yang paling tepat. KENAPA MESTI MENCAPAP?

9. Ada orang cakap blog sebegitu untuk tutorial cara-cara memakai hijab. Ye, aku tahu. Tapi, biarlah lebih jelas. Ini bukan sekadar memakai hijab. Tapi, tutorial tentang bagaimana cara MENGEKSPLOITASI kan pemakaian hijab supaya seorang wanita itu nampak cantik tanpa mendedahkan AURAT UTAMA iaitu rambut semata-mata (Ini pandangan peribadi aku). Tapi, bagaimana dengan aurat lain? Skinny jeans itu sesuaikah? Baju saiz XXS untuk badan bersaiz S. Sesuaikah?

10. Apa yang aku faham dan nampak. Gadis yang free-hair sebelum ini telah terikut dengan trend ini dan mula memakai tudung. Ya, memakai tudung dengan gaya melaram. Dan ini telah mencorak pengaruh pemikiran gadis yang azali memakai tudung. Dan, salah satu faktor penting mengenai perempuan. Dalam hal berfesyen, mereka suka bersaing. Jadi, tak heran jika tertubuhnya kumpulan gadis-gadis yang memakai shawls bergambar secara berkumpulan dengan aksi muka yang se-cute boleh, make-up, dan fesyen terbaru yang merobek jiwa para gadis lain untuk meniru atau menyama level dengan idola fesyen gadis sebegini. Ini semua membuatkan aku terfikir dengan trend terdahulu. Ya, komuniti melaram budak-budak sekolah seperti The SAHAJA dan The JANDAS. Bezanya, mereka tak menutup aurat.

11. Aku ada ramai kawan sebegini. Aku tak marah. Cuma berkali saja kalau di petik pasal topik sebegini. Yang aku berulang-kali cakap, "Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada". "Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG"


add budak ni! cara penulisan dan bahasa lebih kurang blog poyoness

10/26/11

jual mahal lagi vs jenis melayan.apa beza?

  
status updated: happy deepavali semua yang warga hindu..as salam semua beb! now gua home sweet home..so le update.."hari ini hari rabu, hari2 i love you"..(pantun syok sendiri)

sketsa/dialog awek/bf jual mahal:

awek tudung: "feewit..awek tudung hana tajima tuuu..nak no fon ley?..  balas awek tue..."ko ingat aku burung ke! nak fewwit2"

lelaki senior: "abang! ade no fon tak? ala...nak wat abg angkat je le..? jawab mamat tue.." aku boleh je jadi abg angkat..takut ko je "terangkat"...haha...(style botak juvana)

member girl gua: "wey lisa...de orang nak kenal ko..dia minat gila kat ko..dia tak kisah ko de bf kew?..dia spoting ...jawab member gua tue.."mmg la x kisah..tapi lama2 cintan cintun aku gak yg susah..ahhh..! cakap dia cari je girl lain..aku setia kat bf aku je".



*bagi gua ..gua lagi suka girl yg jual mahal..biarla orang kata sombong gile awek ni... tapi niat kita jual mahal demi kebaikan right?..bukan sebab nak riak or bongkak? ye kan?...hehe.. kalau jenis melayan tinggal je wahai laki2 kat luar sane awek kowang tue..memang potential  nak buat bini ..agak malap..haha.. mane taw if awek ko  layan2 dapat laki lagi stabil dari lu...kena tinggal la lu der.." haha..*




p/s: "We come to love not by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"

10/20/11

study vs working mane best?




status updated: done present my final project..thank god!.. lega der! 21oct birthday gua..tak de hadiah ker kowang?

as salam semua..especially blogger  from malaysia,brunei,indonesia,singapore ..hehe..lets check it out my new entry.


bila study?
  • malasnye nak bangun bile kelas pagi
  • bile nak kelas nak abis?..gua lapar ni..
  • lecturer mengajar tido kat belakang
  • banyak dengan assignment la plak nak buat..
bila keje?
  • pergh kene gi awal keje ni..nak punch card lagi.
  • bila la gaji nak masuk?. duit tinggal ciput jew ni..
  • ptptn oh ptptn bila nak habis bayar ni..
  • kene keje bagus pasni..nak kawen pakai duit..karang melopas awek den..
gitu la agaknye kan..dua2 best bagi gua la.."ada org kata ..bila belajar nak keje, bila keje nak belajar"..
bagi gua firstly sekali..belajar best2 dulu..then cari keje best2..
hehe..keje bile kite de certificate yg ok..atleast diploma ke..chances senang la nak dapat keje..


tapi keje jgn memilih sgt..byk mmber2 gua,skandal2 dulu..belajar kolej/u ke couse lain ..dapat keje lain..
mane de peluang/lubang..kasi angkat jela der..keje payah dapat sekarang.jgn memilih nak gaji tinggi sgt .
bersyukur la ape yg kite dapat..and terus try search a good job.. hehe..insya allah...


p/s:" I don’t have time to hate people who hate me, because I’m too busy loving people who love me."

10/18/11

cantik di fb..kat luar tak tentu lagi...hehe..




hahahai...selamat mlm semua... baru pas melantaq tadi ngan mmber2 kami..
ang pa nampak tajuk kat atas..  org kata kalau main laman so"sial" ni.. muka kebanyakan girl mesti letak pic profile cun2..harus la..baru ada org nak add kan2..

hehe..sapa tak mau muka cantik cam rozita che wan ka?? fasha sendat ka?.. hehe
..zaman sekarang kan le pakai adobe photoshop..yg gemok nampak kurus..hitam nampak putih... muke jerawat nampak licin noh..hehe..zaman teknologi la katakan..haha..


kena pulak camera nikon@dslr ka?..pandai amik angle picture..mmg lawa la..kena lak lighting semua adjust
mmg cun punya bai...tu pasai ramai nak jadi model part time coz adanya bantuan photographer2 yang bertauliah..




kadang2 model tak lawa mana pun ..tapi style posing ngan angle /background gambar je lawa..hehe..
pada laki dok add pompuan lawa2..janji suka sgt la..takut bila jumpa real ..tak cam ang pa bayang kan dalam fb ka?..hahhaa...kami lagi respect org yg letak pic natural beauty dari after di"edit".. poyo je ayat kami..






p/s: try wat loghat utara.



10/13/11

no money no talk la!


 
duit oh duit..semua cari duit..kawen pakai duit..ptptn nak bayar pakai duit..bulan-bulan pun nak simpan duit.. kadang2 pasal duit nak gadoh x tentu pasal..rumah tangga berantakan pun pasal duit?..fikir2 kan lah..


ade org kata duit tak penting...kasih syg lagi penting..tapi sayang2 gak,, dalam hidup nak kene pakai duit gak..tak kan nak bayar pakai "kasih syg" le ke? haha...ish...


"no money no talk"? kena lak zaman metropolitan..semua pandang duit... ada duit ramai la member..tak de duit? kawan pun lari"..ada duit senang nak dapat gadis2 hot..tak ada duit..redha dapat gf yg ada..ok la 2 de gf gak..haha..


so carilah duit yer..jgn dok habis periuk kat rumah je..keje..keje..keje... tolong diri sendiri tue! mak bapak ko!  haha... ada duit baru menantu syg.. " da boleh sgt dah pinang anak mak cik ni..duit cukup da kan..?" hehe.."kalaw duit x cukup nak masuk minang macam mana?
hehe..




p/s:  "selamat hari khamis..baru done my speaking for muet..alhamdulilah le wat kot.."

10/12/11

cantik itu just "subjektif" jelah.




status updated: baru pas breakfast..layan lagu dj tiesto..(rase cam nak shuffle lak dalam umah) ..sambil update my blog! holla blogger's ! jum check it out..

 feewit..! "Cantik nye awek tue..dari atas 36,24,18... pergh...terbaik beb".. ahha..gitu la gelagat dak laki2 bile mengusik or berbual..hehe.. " lawa nye awek ko... cam de iras2 rafidah ibrahim.ye ker?.. rezeki gua kot" haha.. skrip2 biasa dgr bile lepaking ngan mmber2 lama..


cantik oh cantik? ada org kata bila cantik le menambah semangat diri..ye ker?.. yg kepada tak cantik camne lak?hehe..dunia oh dunia..byg kan lah ..kalau lelaki cari girl yg lawa..yg x lawa mesti rasa "down" je kan?

chill la ! "cantik is subject" kowang pasan tak kadang2 laki ensem ..tapi bini dia biasa2 je..may b laki tue cari yg cantik dalaman spt akhlak,imannye.. so yg x cantik kat luar jgn rase rendah diri..ade nye jodoh kowang..
yg penting usaha cari/usha gak ..hehe.  kdg2 yg lawa/cantik bukan semua le pakai..kadang2 dah de yg "2nd hand,3rd hand,10 hand pun de" (paham2 la ek)..

klw artis nak dijadikan role model entry ni..gua bagi kat ashraf muslim la..cari bini bukan kerana rupa..tapi nilai cantik "pada mate ashraf tue" good job bro!




p/s : cantik ke buruk ke semua ciptaan yg maha Esa kan?.



 

10/11/11

perempuan lawa tapi lelaki reject..why der?



status update: home sweet home.khamis ade "muet". wish me luck beb..aku da b.i slow sikit.. gune ayat b.i pasar taw la beb..dapat mkn sedap2 dok umh..windu masakan mak gua.kah2. :)

perempuan lawa tapi akhlaknye teruk macam tutttt... laki reject
perempuan lawa tapi egois tinggi nak mampos laki reject
perempuan lawa tapi terlampau demand atau pandang harta laki reject 
perempuan lawa tapi kedekut/ haji bakhil  laki reject 
perempuan lawa tapi tak pandai hormat ibu-bapanya  laki reject



sebenarnye laki even kowang salu cakap..laki ni ...even muke pecah umah..nak awek putih cam cina je.. nak seksi cam fasha sandha ...biasa adat manusia nak semua bende2 indah di mata..tapi aku pegang satu je.laki even dia agama kuwang, akhlak kuwang..dia kan cari isteri le bimbing dia ..so si bakal isteri pelihara dara sebaik mungkin ..bg kat org sepatutnya as "suami" kowang k..no ringan2 ke..sederhana2 ke, berat2 ke.. cukup2 la..da byk anak luar nikah di pasaran..


laki even dia sosial,kaki pompuan,kaki mabuk..............................tapi dia mesti mahukan zuriat yg elok...so dia kan cari bakal bini yg sebaik-baik mungkin..org salu cakap "bapak bopek ,anak rintik..".takut jadi citer anakku sazali.. "bapak yang salah! kenapa manjekan sazali dahulu"..aku bg skrip ckit jew..


p/s: to girl especially...jagelah mahkota kamu sebaik mungkin. to lelaki jgn nak rosak sgt la anak org la..kalaw anak ko kene "hentam" camne lak? sedey?. hampa? kecewa? bende jahat akan dibalas jahat gak!

10/09/11

ada orang kata cinta.....?



status updated: tunggu kul 5 ptg ni perjumpaan dgn dak2 junior pasal nak anjur program bersama.. nak update blog jap..jum kite layan zasss!

  • ada org kata cinta indah..bagai romeo n juliet ...
  • ada org kata cinta itu buta...
  • ada org kata cinta pada Ilahi lg penting..
  • ada org kata cinta? apa ada dengan cinta?
  • ada org kata cinta? perlu ker cinta?
  • ada org kata cinta? sampai mandi pun x basah?
cinta-cinta jugak..ada lagi ker cinta suci mase kini?..cinta harta? rupa? nafsu? btter kowang  pilih imanya.. dulu pun gua putus cinta.."ada apa dengan cinta! perit gua mau tanggung...".."oh! cinta mmg buta!"..(dulu la yer).. adat bercinta la kan..ada org cakap cinta sebelum kahwin...psgn kite kentut pun kata wangi..klw da kawen... wangi ntah ke mane...haha.. so nak sgt bercinta kan..rase la nikmatnye.. hahahah..


lagi pun kepada yang  berani la bercinta ...cinta di balas ke x...xde hal..jnji da cuba utk dapatkannya kan..cinta..cinta.... bermain cinta kalaw gumbira..mcm di awang-awangan...tpi bile cinta dalam duka.. gantung diri pun da..dalam cinta kena relax la..ade! ade la.. xde! xdela jodoh ..pegang tue sudah! mak bapak kan der lagi..hihi
so cintakan lah yg Esa..baru sesama insan k...ehehhe..




p/s: try wat entry jiwa2 lak..haha.. poyoness kan..:)

10/08/11

kedai wajib masuk bila hang out?

status updated: selamat hari sabtu.. bercinta jgn terburu-buru.. (pantun 2 kerat la plak)



selalu hang out ngan kawan-kawan gua makan sini ..coz de steamboat ..harga pun x mahal sgt..kedai je luar nmpak gah..harga ok beb! dessert terbaik.. family day gua..weekend mmg selalu makan sini.. bapak gua bayar la..gua mane keje lg nak bayar.



kedai wajib masuk..even x beli..just window shopping...tgk kot2 de sale.. x dapat belikan..tgk pun da puas ma..gua salu pakai jenama ni..x mampu nak kai cam "top men, polo, timberland , no need la..just below 50 rgt gua mmpu la beli sepasang.




kedai plg best nak masuk n habiskan masa..baca je.x beli pun kadang2.. nak tunggu wayang show lambat lagi..jalan2 dalam sini bersama gadis2.. kdg2 tue duk atas lantai je..khusyuk membaca..kene lak majalah kereta ke? sukan ke? mmg lama lepak situ..


 
donut ni?? mmg favourite gua... tgk pp gua pun cam donut ala2 cik epal gitu..ala yg retis chubby2 tue...haha..
dunkin donut gua kuwang ckit..donut cpt keras harga mahal lak 2..letak peti ais "bapak keras" cam batu pe aku mkn..hehe...de wifi lagi..le update blog kat cini..haha.. :)




p.s: kedai favourite kowang lak?

10/07/11

KENAPA LELAKI TAK BERAPA KACAK DAPAT MAKWE,TUNANG,ISTERI CANTIK ?


 
status updated/timeline: selamat pagi semua!..salam jumaat yg indah..hope hari ini  lebih baik dan best dari hari semalam.."insan yg cemerlang datang  dari hati yg bersih" yer..yer.(cam fadzilah kamsah lak) 

entry kali nak santai je k..mungkin de kontrovesi sikit..ape de hal..blog poyoness kan..gua tulis je..lu owang bace..then x suke/suke komen je k..gua approve nye komen kowang..baru gentle kan2.kah2..



KENAPA LELAKI TAK BERAPA KACAK DAPAT MAKWE,TUNANG,ISTERI CANTIK ?


ye ker?...bagi gua faktor qada' dan qadar la gua pegang...then "allah da tetapkan jodoh masing2..tapi kena cari gak la kan..percaye kat rezeki... "kalaw nak pasangan kite cantik dalaman dan luaran..kite pun kene bagi cantik/kemaskan dalaman/luaran kite dulu.." kan2..


tapi member2 girl gua cakap.."aku x berape nak suke lelaki hensem..coz mesti laki 2 banyak peminat nyer..tak pun playboy...so aku cari yang biasa2 je..janji dia syg aku sowang je" ..ok gak gua pikir balik dia cakap..de point gak.. 


then, bagi gua la kan..if laki tue taw dia kuwang kacak cam kamal adli ke..awal ashaari  ke, johny depp, kelebihan dia mungkin faktor penyayang or romantik kot..coz dia taw susah nak gf yg "mantap/cantik"...once dia dapat girl..dia kan appreaciate gile2 nyer...dowang kan hargai gf dia sebaik mungkin..ade org ckpla...laki x ensem lbh romantik dari yg hensem2 kat luar sane..selalu laki hensem kan senang nak cari pengganti..de pakej kan..hehe..k la salam adios..




p/s: gua xberape nak hensem/ or hensem ..so biase2..!haha..

10/05/11

kerana facebook?



status updated: hujan lebat skunk..wow byk syok la..before nak tido..gua update sikit k!

Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh.
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu.
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah.
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan.
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan.
Kerana facebook : orang Boleh Perbodohkan Orang & kwn.
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri.
Kerana facebook : Kita Tertipu.
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat.
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan.
Kerana facebook : S'seorang Itu LUPA DIRI Kononnya Diri Dah HOT


terpulang masing2..tapi kalaw kowang amik bende kebaikan x jadi hal cam diatas kan..aku kalaw kawen may be kai fb la hantar kad kawen..jimat sikit der... target 2 tahun lagi umah sendiri 1 siap ikat tepi anee...(macam kat kedai mamak lak) duit2...nape x turun je dari langit.haha?..(laugh)


p/s: gua lebih main blog n tweet coz staright forward..fb kureng da..paling2 main game texas poker jew.haha.

10/04/11

jangan jadi "raja drama ek"..orang benci der..




raja drama bermaksud versi poyoness ..org yg pandai berdrama-drama, talam dua muka, pelakon layar terhebat.. haha..beb! jgn salah anggap lak..."apa2 hal ko kene kacaw ke,kutuk ko ker,aku back up ko dari jauh..tapi in other side.."ape aku benci sial minah/mamat tue..aku baik depan dia nak coverline je" patut ke? ish2...ape pun tak boleh..

berbuat baik demi kepentingan/agenda tertentu : "berlagak seperti baik pada hal dalam hati tuhan je taw..no no no..jauhkan sifat2 mazmumah.kalau kowang dalam class,tempat keje, kat mana2 pun..mesti pernah jumpe org macam ni kan.."raja drama" ..di depan berlagak bukan baik lagi.. tapi kat belakang dok mengata2 kowang gak..haha.. ape de hal..sabar jela,,sabar kan sebahagian daripada iman.


ikut orang camni..suh dia gi selection "drama/filem ke nak pakai pelakon extra..de faedahnya..drpd dok top up dosa kan.kah3...sampai meet uncle hussin pun de nyanyi lagu ni..kowang perhatikan lirik dia..de maksud mendalam beb.ahha..sok de quiz..wa chow dlu..










10/03/11

bila dah famous?




status updated: done my mid term tadi.bukan mid valley la anee..what time ek?.its time to update ler leng chai n leng loi..hehe.kowang jangan jadi lupa diri ek..pic kat atas role model "blog famous tapi x berlagak"


  • bila dah famous..makan tepi jalan pun tak layan.."ape kelas makan tepi2 ..kotor beb..nanti sakit perut lak aku"..
  • tempat study : "mentang2 dia paling lawa dalam poli..jalan bukan main dada lagi..ala2 retis lak ek..pi daa...lawa2 pun tua kedut gak..haha"
  • bila dress up lak? : "ape barang pakai bundle2 ni.opss sorry.. i layan baju2 kedai famous je.. baru de kualiti gitu...bundle pun jugak kan..ape de hal pakai..bukan busuk pun baju bundle tue..ape daa..
  • bila hang out.. jaga tertib da..jalan pun ala-ala pramugari gitu.kelas gitu jah...jalan pun ngn lawa2 or hensem2 je..mane nak jalan ngn kwn2 ngn muke tak market cam gua ni..haha
  • dgn kawan2?: " kowang naik kete pe ek? haa..kancil?? xnak la..air cond kurang la..tak pe lah..aku naik kete suzuki swift jerla ..(gerak sama aw..tapi kete asing2..yerla mane nak naik kancil da.)

kalau famous kat tempat study ker?fb ke? twitter ke? blog ke? kat tv ke? relax2 sudah..ingat balik mase kite zaman "biasa2"...jgn jadi kacang lupekan kulit.. hidup umpama roda..hari ini  ko kat atas..esok lusa..may be ko kat bawah lak...



p/s: nak famous?..tak perlu..jadi sederhana2 sudah.kalaw jadi its "bonus"

10/01/11

perlu ke nak "rush a new relationship".?



status update: wake up,breakfast,atas katil, update blog.then jap lagi nak wat note.tomorrow morning have a mid term. grrrr..


best lak tajuk ni..saje nak bagi opinion kan. cerita2 gua pun dari pengalaman.sekeliling.psikologi,kawan2,mak cik kantin, brother kawasan2,persekitaran..(dah macam pakar kaunseling lak)

relationship seeloknya lama la sikit kan..yer la kalaw baru2 break off..couple lak after 1 month.."laki ni mesti dah ada sparepart ke?..playboy/playgirl ke?"  ..tapi kalau da jodoh org tua2 cakap..jumpe sehari pun da angau kat girl/boy yg kita minat. better kowang kawan2 dulu.kenal hati budi..dah lame sikit baru la decide/ declare nak jadi  pasangan sehidup@x semati ke? yer dok?


bagi gua "tak lari gunung di kejar" jodoh semua di tangan tuhan..tapi kena la cari gak..tak kan awek tue turun  dari langit lak kan..lain kalau muke gua cam awal ashaari xpe la..perempuan dtg cari.. 



kesimpulan gua le kasi.take time and dont rush..ikut je rentak..dalam percintaan. ada jodoh ada..tak ada nak wat mcm mana..k la salam adios..nak study for mid term esok.





p/s: selamat weekend semua! bende benda bermanfaat yer. nak nakal leyh..berpada-pada!




Bagaimana Cara FYP di Tiktok?

Bagaimana Cara FYP di Tiktok? 1. Upload Video pada masa (Prime Time) 2. Buat Caption yang Menarik Audience ‍3. Ikuti Tren dan Challenge terk...